Print
Category: Soalan Lazim
Hits: 121482
  1. Hanya permohonan yang lengkap dan mempunyai pengakuan pemohon sahaja akan diproses untuk tindakan seterusnya.
  2. Untuk mengetahui sama ada anda telah membuat pengakuan tersebut, sila login dan paparkan profil. Pada tab "e-Akaun", anda akan dapat melihat perkara "Butir-butir yang diperlukan". Perkara ini TIDAK akan terpapar sekiranya maklumat yang diperlukan adalah lengkap. Sila rujuk imej dibawah:

    butir-butir1

  3. Dalam imej di atas, butir, butir yang diperlukan adalah "Jawatan Dipohon" dan "Akuan Pemohon". Ini menunjukkan bahawa butir-butir di atas masih belum diisi. Dalam perkara ini, pihak kami kami ingin fokus pada "Akuan Pemohon".
  4. Untuk memperakukan profil anda, sila kli pada "Kemaskini Profil" pada Menu Pengguna pada bahagian kiri laman tersebut seperti pada imej dibawah:

    image01

  5. Setelah anda klik pada "Kemaskini Profil", portal tersebut akan memaparkan laman kemaskini profil berikut:

    image02

  6. Klik pada tab "Lain-lain" seperti yang ditunjukkan dalam imej di atas dan perkara pertama yang anda dapat lihat adalah "Adakah anda seorang pemegang biasiswa/pinjaman?". Sila scroll ke bawah laman tersebut dan anda akan melihat bahagian Pengakuan Pemohon seperti dibawah:

    image03

  7. Klik pada kotak "Bersetuju" bersebelah dengan perkara "Akuan Pemohon" dan setersunya klik pada butang Kemaskini untuk mengemaskinikan maklumat profil anda.
  8. Anda akan dibawa ke laman yang memaparkan profil anda. Sila ke tab "e-Akaun" dan sila lihat "Butir-butir yang diperlukan". Butiran Akuan Pemohon tidak akan dipaparkan kerana anda telah berjaya memperakukan profil anda.
  9. Permohonan yang tidak diperakukan tidak akan diproses oleh pihak kami.