1. Anda hanya diperlukan untuk muatnaik dokumen sokongan anda selepas anda disenarai pendek untuk menduduki ujian atas talian sahaja.
  2. Fungsi muatnaik akan diaktifkan selepas anda telah tamat ujian atas talian dalam portal ini. Sekiranya anda tidak dapat melihat tab "Muatnaik" selepas menduduki ujian atas talian tersebut, sila hubungi kami.
  3. Untuk memuatnaik fail anda, sila klik pada butang "Kemaskini" yang berada pada bahagian atas profil anda. Anda juga boleh menggunakan link yang terdapat pada Menu Pengguna pada bahagian kanan laman tersebut.
  4. Fail yang yang berada dalam format doc, pdf dan jpg sahaja dibenarkan untuk dimuatnaik ke dalam profil anda.
  5. Fail tersebut tidak boleh melebihi saiz 512KB.
  6. Sila muatnaik satu imej/fail dalam satu masa sahaja (untuk menangani kesibukan server ini) dan seterusnya mengemaskinikan profil anda. Sila ulangi langkah ini sehingga kesemua imej telah dimuatnaik ke dalam profil anda.
  7. Anda dinasihatkan mengimbas dokumen tersebut pada resolusi yang memuaskan dan kelihatan sahaja. Resolusi imej yang tinggi akan menjadikan saiz imej terlalu besar.
  8. Sekiranya fail tersebut masih besar, sila imbaskan dalam bentuk hitam putih. Anda juga boleh menggunakan perisian "Paint" pada komputer anda untuk mengecilkan imej tersebut. Sila kecilkan imej tersebut tetapi pastikan kualiti imej adalah memuaskan dan boleh dibaca.