Sekiranya anda tidak dapat mengemaskinikan profil anda, sila:
- Pastikan bahawa anda telah berdaftar sebagai pengguna portal ini. Sekiranya anda belum membuat demikian, sila daftar disini.
- Pastikan anda menggunakan browser internet terkini. Sila baca maklumat mengenai penggunaan portal.
- Pastikan anda berada dalam keadaan login, dan sila ke Menu Pengguna pada bahagian kiri laman portal tersebut dan klik pada "Kemaskini Profil".
- Sekiranya anda sudah dapat ke laman kemaskini profil, tetapi masih tidak dapat mengisi maklumat seperti maklumat pada "drop-down-menu", anda kemungkinan mengguna browser Microsoft Internet Explorer. "Compatibility View" anda mungkin berada dalam keadaan tertutup. Anda sepatutnya dapat melihat butang compatibility pada alamat browser anda seperti dibawah:
- Sila klik pada butang tersebut sehingga fungsi portal ini dapat digunakan. Anda juga boleh membaca artikel mengenai compatibility view Microsoft Internet Explorer pada laman berikut: http://windows.microsoft.com/en-us/internet-explorer/use-compatibility-view#ie=ie-11
- Sekiranya anda masih tidak boleh mengemaskinikan profil anda, sila gunakan browser internet yang lain seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox.
- Sekiranya anda masih lagi tidak boleh mengemaskinikan maklumat, anda berkemungkinan menggunakan komputer di pejabat ataupun di cyber cafe. Terdapat kemungkinan komputer tersebut dilindungi oleh firewall. Sila cuba gunakan komputer di rumah.
- Sekiranya anda masih mempunyai masalah, sila hubungi pihak kami.
- Anda juga boleh merujuk pada artikel Kaedah Mengemaskinikan Profil.