TARAF JAWATAN                    :     KONTRAK

KUMPULAN PERKHIDMATAN:    EKSEKUTIF

LINGKUNGAN GAJI                :    MAK RM2,200.00 –MAK  RM10,300.00

KEKOSONGAN                        :    51 KEKOSONGAN 

TEMPAT                                  :    PEJABAT PERKESO SELURUH MALAYSIA

                                                     TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN

                                           

              KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN

 Calon-calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Umur calon tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

  2. Memiliki Diploma  dan kelulusan dalam bidang Kaunseling Kerjaya  Sumber Manusia (Pasaran Buruh, Perhubungan Industri, Psikologi Industri dan Organisasi, Gelagat Organisasi dan Kaunseling Perindustrian), Kaunseling, Kerja Sosial, Kaunselor Pemulihan, Psikologi Pemulihan Pekerjaan, Pemasaran, Komunikasi atau bidang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan; Atau

  3. Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

  4. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

  5. Mempunyai kemampuan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan dinamik dalam aktiviti pencarian pekerjaan serta memberikan sokongan secara personal kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan;

  6. Mempunyai ciri-ciri personaliti yang mesra, mempunyai komitmen yang tinggi, skil  komunikasi yang baik dengan pelbagai pihak dalam membina hubungan yang positif dengan pekerja serta boleh bekerja secara berkesan dalam pasukan;

  7. Mempunyai sifat proaktif dalam membangunkan pengetahuan yang mendalam mengenai pasaran buruh tempatan dalam usaha untuk mendapatkan pekerjaan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan;

  8. Mempunyai pengetahuan dalam menggunakan perkhidmatan secara Digital sebagai kaedah berkesan dalam pencarian (laman web pencarian kerja, e-mel, dokumen memuat naik, media sosial);

  9. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa Inggeris;

  10. Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Pejabat PERKESO di seluruh Malaysia.