1. Sekiranya anda disenarai pendekkan, anda akan menerima satu emel bertajuk "Bahagian Sumber Manusia PERKESO - Anda telah disenarai pendek". Dengan itu, sila pastikan alamat emel dalam profil anda adalah tepat dan betul.
  2. Sila pastikan talian internet anda adalah stabil dan anda menggunakan versi browser (Internet Explorer, Firefox, Chrome, etc) yang terkini. Bagi pengguna Microsoft Internet Explorer, sila pastikan anda berada dalam "compatibility view".
  3. Untuk menduduki ujian tersebut, sila login pada portal ini dan klik pada "Paparkan Profil" pada menu pengguna pada sebelah kanan laman ini.
  4. Anda dapat melihat terdapatnya satu tab baru yang bertajuk "Ujian".
  5. Anda diberi 30 minit untuk melengkapkan ujian tersebut. Untuk menduduki, ujian tersebut sila klik pada "Kemaskinikan Profil" pada menu pengguna pada sebelah kiri laman ini.
  6. Anda dipohon untuk menjalani ujian psikologi ini dalam keadaan yang tenang serta berada dalam situasi yang selesa. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab adalah selama 30 minit dan anda dikehendaki menandakan jawapan mengikut apa yang terlintas di fikiran secara spontan merujuk kepada situasi/pengalaman seharian dan sebaik-baiknya bukanlah merujuk kepada situasi/pengalaman yang belum terjadi atau "apa yang sepatutnya dilakukan". Ujian ini juga bukanlah bersifat betul atau salah melainkan ianya memberikan gambaran personality anda berdasarkan kepada tret-tret personality yang berbeza takrifannya.
  7. Ujian ini mengandungi beberapa item atau penyataan. Bermula dengan nombor satu, rekodkan jawapan pada ruangan jawapan yang disediakan.
  8. Jika penyataan itu menerangkan diri anda, tandakan pada Ya; dan jika TIDAK menerangkan diri anda, tandakan pada Tidak.
  9. Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu penyataan itu menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling selesa. JAWAB SEMUA ITEM. Sila jawab diruangan yang disediakan seperti dalam arahan sebelum ini (rujuk pada langkah nombor 8).
  10. Pastikan anda telah tick pada radio button pengakuan yang telah menjawab kesemua soalan ujian sekiranya anda bersetuju yang anda telah menjawab kesemua soalan ujian ini pada bahagian akhir (di bawah) borang ini.
  11. Klik pada butang "Kemaskini" di bawah setelah anda telah menjawab kesemua item tersebut. Jangan tinggalkan laman tersebut atau logout semasa maklumat tersebut sedang dikemaskinikan. Anda akan dibawa ke laman paparan profil setelah maklumat tersebut telah dikemaskinikan ke dalam pengkalan data kami.
  12. Setelah tamat ujian, anda akan menerima satu lagi emel dengan arahan untuk memuatnaik dokumen sokongan anda.