Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.

Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar dan memastikan caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun. Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri, iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO (SSBP).

Sertailah kami!

Sekiranya anda seorang yang dinamik, bercita-cita tinggi serta ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing, sertailah Pertubuhan ini dengan hasrat untuk mencapai visi kami selaku Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang Menjelang 2020. PERKESO mengalu-alukan semua yang berminat untukĀ  bersama dalam memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi kesejahteraan sosial pekerja. Kecemerlangan kerjaya anda bermula disini.